Pusaran air dalam kolam takungan selepas banjir kilat gemparkan penduduk

5 Nov 2026 • 10:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pusaran air dalam kolam takungan selepas banjir kilat gemparkan penduduk
Perkongsian tular memaparkan pembentukan pusaran air dipercayai berhampiran sebuah kolam takungan berdekatan perumahan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Puncak Alam pada Khamis.

KUALA SELANGOR - Tular rakaman di media sosial memaparkan pembentukan pusaran air di sebuah kolam takungan dipercayai berhampiran kawasan perumahan penduduk yang dinaiki air di Puncak Alam di sini pada Khamis.

Video dipercayai dirakam penduduk berdekatan itu memperlihatkan keadaan kolam terbabit yang digenangi dengan air sebelum wujudnya pusaran.

Rakaman terbabit kemudiannya dikongsikan penduduk sebelum tular di media sosial.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Puncak Alam di sini dinaiki air dalam kejadian pada Khamis.

Antara kawasan terjejas ialah Taman Seri Alam, Hill Park dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.

Selain itu, laluan dari arah Meru menuju Puncak Alam, berhampiran Penjara Koreksional, turut dilaporkan dilanda banjir lumpur sehingga menjejaskan pergerakan kenderaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved