Pura-pura bertanya sebelum ragut rantai leher warga emas

4 Aug 2023 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video yang tular di media sosial Facebook memaparkan kejadian seorang lelaki meragut rantai leher mangsa di hadapan sebuah pangsapuri di Taman Raintree, Batu Caves pada Khamis. Gambar kecil: Zainal Mohamed

GOMBAK - Polis giat buru peragut yang melarikan rantai leher milik seorang penunggang motosikal dalam kejadian di hadapan pondok pengawal di Taman Raintree, Batu Caves dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 12.08 tengah hari.

Menurut Zainal, mangsa lelaki tempatan berusia 71 tahun yang sedang menaiki motosikal telah ditahan individu tidak dikenali yang berpura-pura bertanya kepadanya.

"Semasa berbual, suspek lelaki itu telah bertindak menarik rantai leher emas milik mangsa sebelum melarikan diri.

"Usaha mengesan suspek masih giat dijalankan untuk tindakan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 03-61262222 atau 012-8819215.

Kejadian itu turut tular di media sosial Facebook menerusi satu video berdurasi satu minit.

Suspek yang berpakaian gelap menunggang motosikal Yamaha 135LC dilihat menghampiri mangsa di hadapan sebuah pangsapuri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved