Pura-Pura Jadi Penumpang, Pemandu Teksi Jadi Mangsa Samun Geng 08

5 Mar 2023 • 2:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berpura-pura menjadi penumpang sebelum samun bukanlah perkara satu perkara yang baharu. Jenayah ini telah berlaku terlalu banyak kali di negara kita. Tidak dinafikan, pemandu teksi adalah antara golongan yang seringkali menjadi mangsa samun.

Semalam, dua orang lelaki yang berpura-pura menjadi penumpang telah menyamun seorang pemandu teksi, berhampiran Tokong Thai San Kong, Pengerang, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku jam 3.50 petang semasa dua suspek itu menaiki teksi dari Gelang Patah dan kononnya mahu dihantar ke Pengerang.

image is not available
Gambar hiasan. Kredit: astro awani.

Tambah Superintendan Hussin Zamora lagi, suspek telah mengacukan pisau lipat di belakang pinggang mangsa sebelum menyuruhnya menyerahkan semua barang berharga. Kemudian, suspek telah melarikan diri ke kawasan semak berdekatan.

Mangsa berusia 70-an telah melakukan laporan di Balai Polis Pengerang pada jam 4.53 petang.

“Dalam kejadian tersebut, dua unit telefon bimbit jenama Nokia, wang tunai RM400 dan seutas jam tangan jenama Casio dilarikan, keseluruhan nilai barang-barang berjumlah RM800.”

4 jam selepas kejadian, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya melakukan tangkapan ke atas dua suspek berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan kedua-dua suspek mendapati terdapat tatu berbentuk labah-labah dan lipan pada bahagian dada kiri serta lengan kanan salah seorang suspek dan disyaki ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08.”

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.