Purata 1,900 Kandungan Berbahaya Diperintah Padam Setiap Hari, MCMC Mantapkan Keselamatan Dalam Talian

LocalTechnology
23 Jul 2026 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

irc ft

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan telah mengemukakan sebanyak 1,216,088 permohonan kepada penyedia platform media sosial untuk menurunkan kandungan berbahaya bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 15 Julai 2026.

Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan permohonan tersebut, sebanyak 1,138,063 kandungan berisiko telah berjaya dipadamkan oleh pihak penyedia platform.

IRC 2

Menurut beliau pada majlis penutup International Regulatory Conference (IRC) 2026, aliran peningkatan permohonan itu memperlihatkan keseriusan isu keselamatan siber negara.

Artikel berkaitan: Malaysia Perkukuh Tadbir Urus Digital, IRC 2026 Himpunkan Pakar Dari Seluruh Dunia

Artikel berkaitan: Isu Buli Siber, Kesihatan Mental Dan Kawalan AI Bakal Dikupas Oleh Pakar Global Di Persidangan IRC MCMC 2026

Pihak kementerian mendedahkan jumlah permintaan pemadaman kandungan melonjak hampir 57%, iaitu daripada 309,322 kes pada tahun 2024 kepada 485,175 kes menjelang tahun 2025.

IRC 3

Bagi tahun 2026 pula, angka berkenaan kekal menunjukkan trend membimbangkan:

  • MCMC mengemukakan 377,502 permohonan bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Julai 2026.

  • Jumlah ini menyamai 78% daripada keseluruhan permohonan sepanjang tahun 2025.

  • Purata harian dianggarkan sebanyak 1,900 permohonan pemadaman kandungan dikeluarkan setiap hari.

  • Sebanyak 350,332 kandungan berbahaya telah dipadamkan oleh platform terlibat bagi tempoh awal tahun ini sehingga Julai 2026.

  • IRC 1

    Mengulas mengenai aspek perlindungan kanak-kanak dan integriti ruang maya, YB Teo Nie Ching menegaskan bahawa kawalan keselamatan tidak sepatutnya bermula selepas berlaku sebarang kemudaratan.

    Beliau turut menekankan bahawa tanggungjawab ini perlu dipikul bersama oleh semua pihak termasuk penyedia platform, badan pengawal selia, pihak sekolah, serta ibu bapa bagi mewujudkan ekosistem internet yang selamat untuk generasi akan datang.

    Persidangan dua hari yang menghimpunkan lebih 500 peserta antarabangsa itu memberi fokus kepada pemantapan tadbir urus digital, teknologi AI, serta pembinaan kepercayaan awam dalam perkhidmatan maya. 

    Sumber: MCMC

    Sumber: MCMCSumber: MCMCSumber: MCMC

    Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved