MR D.I.Y. ringankan beban dengan tawaran istimewa

21 Oct 2024 • 12:00 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: MR D.I.Y. ringankan beban dengan tawaran istimewa
MR D.I.Y. membantu meringankan beban dengan tawaran istimewa 'Jualan Jenama MR D.I.Y' serta Pilihan Deepavali' yang ‘Always Low Prices’ . Imej daripada MR DIY.

Dengan perayaan Deepavali yang semakin hampir, diikuti dengan cuti sekolah, Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina, rakyat Malaysia sedang bersiap sedia untuk musim perayaan yang akan datang. Kerana semuanya menunjukkan keinginan untuk membeli-belah, menghias, makan dan beraya.

Bagi memastikan rakyat Malaysia dapat meraikannya tanpa membebankan perbelanjaan harian mereka ialah peruncit pembaikan rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y [M] Berhad [MR D.I.Y], dengan janji malar hijau mereka untuk menawarkan pelbagai keperluan harian, pada harga ‘Always Low Prices’.

Image from: MR D.I.Y. ringankan beban dengan tawaran istimewa
MR D.I.Y. membantu meringankan beban dengan tawaran istimewa 'Jualan Jenama MR D.I.Y' serta Pilihan Deepavali' yang ‘Always Low Prices’ . Imej daripada MR DIY.

Peruncit ikonik itu melancarkan dua inisiatif khas untuk memulakan -- tawaran 'Pilihan Deepavali' serta 'Jualan Jenama MR D.I.Y'.

‘Pilihan Deepavali’ menampilkan pilihan lebih 90 keperluan Deepavali yang menarik, termasuk hiasan rumah, peralatan dapur, linen rumah dan aksesori. ‘Jualan Jenama MR D.I.Y,’ pula menampilkan diskaun 30 peratus untuk lebih 30 produk jenama MR D.I.Y, yang semakin popular hari ini berdasarkan nisbah nilai kualiti harga yang luar biasa. Kedua-dua inisiatif ini berlangsung dari 1 hingga 30 Oktober 2024 dan akan diikuti dengan lebih banyak promosi bertemakan perayaan.

Mengumumkan dua inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata, “Sebagai peruncit tempatan, kami melihat ia sebagai tanggungjawab kami untuk memastikan rakyat Malaysia dapat meraikan perayaan yang penting buat mereka tanpa merasakan beban kenaikan harga. Di MR D.I.Y, janji kami ‘Always Low Prices’ bermakna para pelanggan kami boleh menikmati nilai hebat setiap hari, di samping mempunyai akses kepada tawaran istimewa perayaan seperti barangan hiasan, peralatan dapur, peralatan pembersihan rumah serta lain-lain tanpa membebankan bajet mereka.”

"Kami memahami kesulitan yang dialami rakyat Malaysia," tambahnya. “Kedua-dua inisatif 'Jualan Jenama MR D.I.Y.’ dan 'Pilihan Deepavali' menawarkan tawaran hebat untuk rangkaian luas jenama kami dan produk perayaan, supaya pelanggan mendapat nilai terbaik apabila mereka amat memerlukannya. Semua ini adalah untuk memastikan mereka dapat menyambut perayaan dengan gembira tanpa perlu rasa bimbang,’ kata Goh.

Inisiatif sebulan ini menampilkan tawaran hebat untuk produk jenama peruncit di seluruh negara, termasuk produk dari kategori isi rumah dan kelengkapan, perkakasan, elektrik dan produk lain. Produk jenama sendiri dengan tawaran istimewa termasukkain lap pembersih pelbagai permukaan antibakteria (60's) MR D.I.Y. pada harga RM3.30 setiap satu, dan cat semburan jenama MR D.I.Y. [hitam/putih/lakuer] pada harga RM4.50 setiap satu. Selain itu, pelbagai produk Deepavali daripada lampu LED, hiasan, kelengkapan, aksesori, beg hadiah dan peralatan dapur boleh didapati pada ‘Always Low Prices’.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif-inisiatif MR D.I.Y., lawati mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, Facebook, dan Instagram.