Pusat Beli-belah Di Hanoi Kecoh, Lelaki Terj*tuh Dari Tingkat 4 Selepas Persembahan Tarian Budaya Malaysia

Entertainment
4 Aug 2025 • 3:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suasana meriah sebuah persembahan tarian kebudayaan Malaysia dalam pusat beli-belah di Hanoi, Vietnam pada Ahad lepas bertukar cemas apabila seorang pengunjung secara tiba-tiba terjatuh dari tingkat empat bangunan berkenaan.

Menerusi sebuah video tular, insiden itu berlaku sejurus selepas penari-penari wakil Malaysia selesai membuat persembahan mereka yang disaksikan ratusan pengunjung, termasuk keluarga dan kanak-kanak yang hadir.

Rakaman kejadian menunjukkan mangsa yang terjatuh di atas pentas utama terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

image is not available

Kelihatan beberapa orang awam yang berada di situ segera memberikan bantuan sementara menunggu ketibaan pasukan kecemasan.

image is not available

Memetik sumber portal Tuoi Tre, wakil pusat beli belah berkenaan memaklumkan mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran namun keadaan terkininya masih belum diketahui.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tidak dapat mengulas lebih lanjut buat masa ini.

“Buat masa sekarang, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah,” katanya.

Terdahulu, beberapa kejadian serupa pernah dilaporkan berlaku di Van Hanh Mall, Bandar Ho Chi Minh, melibatkan individu yang terjun dari tingkat atas pusat beli-belah berkenaan.

Rentetan insiden berulang itu, pengurusan Van Hanh Mall mengambil langkah keselamatan tambahan termasuk pemasangan jaring keselamatan di kawasan atrium bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sumber: X, Tuoi Tre

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.