Pusat Data Akan Menggunakan 31% Tenaga Elektrik Malaysia Menjelang 2035

LocalTechnology
2 Jul 2026 • 9:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pusat Data Akan Menggunakan 31% Tenaga Elektrik Malaysia Menjelang 2035

Penggunaan elektrik pusat data Malaysia dijangka kepada 31% menjelang 2035 berbanding hanya 7% sahaja pada waktu ini. Ia didorong oleh pertumbuhan pesat industri kecerdasan buatan (AI) dan pusat data. Secara keseluruhan, pusat data akan menggunakan 73,274 GWh di Malaysia dalam masa 9 tahun sahaja lagi.

Bagi memenuhi keperluan tenaga yang tinggi ini, waktu operasi loji janakuasa haba sedia akan dilanjutkan sebagai penyelesaian jangka pendek. Kapasiti penjanaan berasaskan gas pula akan ditambah. Di samping itu, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata melalui Skim Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui Korporat (CRESS), pusat data mempunyai pilihan untuk membeli tenaga boleh diperbaharui secara langsung daripada pemaju swasta melalui sistem akses pihak ketiga.

Image from: Pusat Data Akan Menggunakan 31% Tenaga Elektrik Malaysia Menjelang 2035

Kerajaan juga sedang membangunkan projek Solar Berskala Besar (LSS) di bawah program LSS5 dan LSS5+, yang bertujuan untuk menambah sejumlah 4 GW kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada sistem bekalan elektrik Semenanjung Malaysia. Pada waktu yang sama kerajaan juga menggalakkan pusat data untuk menjana elektrik mereka sendiri berdasarkan keperluan.

Pusat data menggunakan kuasa elektrik dan air yang tinggi. Penggunaan lebih suku tenaga negara dalam masa kurang sedekad adalah merisaukan. Dapat dilihat di negara luar ledakan pembinaan pusat data menyebabkan bekalan air penduduk berdekatan pusat data tergendala dan tarif elektrik mencanak naik sehingga membebankan.

Yang merisaukan di sini ialah kerajaan akan membenarkan pusat data menjana elektrik sendiri menggunakan generator. Generator dengan turbin ini menghasilkan bunyi bising sepanjang masa ia beroperasi dengan ia menyebabkan pencemaran bunyi. Sebelum lebih banyak pusat data dibina, kerajaan perlu memastikan semua isu ini tidak berlalu di Malaysia menerusi garis panduan serta udang-undang. Kita tidak mahu selepas tukul berbunyi selepas pusat data siap dibina.

Sumber – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved