Pusat data: Negeri wajib pastikan bekalan air mencukupi

LocalBusiness & Finance
28 Oct 2026 • 6:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pusat data: Negeri wajib pastikan bekalan air mencukupi

KUALA LUMPUR: Negeri yang tidak mempunyai bekalan air mencukupi tidak akan dibenarkan menempatkan pusat data.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kecukupan air perlu disahkan kerajaan negeri sebelum sesuatu projek dapat dipertimbangkan.

“Kalau negeri itu tak cukup air, walaupun dia ada tanah, kita tidak boleh bagi kelulusan tersebut.

“Kerajaan perlu memastikan bekalan utiliti dapat disediakan sebelum pelabur membawa masuk modal yang besar untuk membangunkan pusat data,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya lagi,  pelabur pusat data digalakkan membawa masuk teknologi kitar semula air bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air baharu.

Katanya, pemindahan teknologi menerusi pelaburan berkenaan juga berpotensi memberikan manfaat kepada negara dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air.

“Pelabur pusat data ini juga kita galakkan membawa teknologi untuk mengitar semula air. Itu antara manfaat yang kita boleh pelajari daripada teknologi yang dibawa oleh pelabur-pelabur ini,” katanya.

Dalam pada itu, Johari turut memaklumkan kerajaan belum memberi keputusan terhadap 24 permohonan baharu pusat data kerana mahu menilai kecukupan bekalan tenaga bagi menampung projek yang telah diluluskan.

Katanya, penilaian itu mengambil kira keperluan 117 pusat data yang sudah mendapat kelulusan, selain kemampuan menyediakan bekalan tambahan melalui tenaga boleh baharu, penyimpanan tenaga dan teknologi baharu.

“Sebanyak 24 permohonan baharu pusat data telah diterima, namun kita belum memberikan sebarang jawapan,” katanya.-UTUSAN

The post Pusat data: Negeri wajib pastikan bekalan air mencukupi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved