Hasil Jati Tinggi melonjak 195% kepada RM156 juta dipacu projek elektrik pusat data

LocalBusiness & Finance
28 Oct 2026 • 6:41 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hasil Jati Tinggi melonjak 195% kepada RM156 juta dipacu projek elektrik pusat data Image from: Hasil Jati Tinggi melonjak 195% kepada RM156 juta dipacu projek elektrik pusat data sarah28/10/2026 - 18:41 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Okt - Projek bekalan elektrik ke pusat data di Johor dan Pasir Gudang menyumbang RM92.89 juta atau hampir 60% daripada hasil Jati Tinggi Group Berhad bagi suku ketiga berakhir 31 Ogos 2026.

 

Sumbangan itu membantu melonjakkan hasil kumpulan sebanyak 194.7% kepada RM156.05 juta berbanding RM52.96 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Menurut pemakluman kepada Bursa Malaysia, projek sambungan bekalan elektrik 275 kilovolt (kV) ke pusat data di Johor menyumbang RM82.67 juta berbanding RM11.38 juta pada suku sebelumnya.

 

Projek sama di Pasir Gudang pula menyumbang RM10.22 juta, meningkat daripada RM490,000 pada suku kedua, susulan peningkatan aktiviti dan kemajuan projek.

 

Bagaimanapun, keuntungan selepas cukai kumpulan susut 9.3% kepada RM8.93 juta berbanding suku sebelumnya, meskipun hasil meningkat 77.7%, berikutan sumbangan lebih tinggi daripada projek bermargin rendah serta keuntungan sekali sahaja sebanyak RM2.31 juta yang direkodkan pada suku terdahulu.

 

Berbanding tempoh sama tahun lalu, keuntungan selepas cukai meningkat 181.2% daripada RM3.18 juta, manakala keuntungan sebelum cukai melonjak 174.4% kepada RM12.11 juta.

 

Bagi tempoh sembilan bulan, hasil terkumpul meningkat 189% kepada RM318.29 juta, sementara keuntungan selepas cukai melonjak 247.7% kepada RM20.39 juta.

 

Jati Tinggi turut mencatatkan buku tempahan kira-kira RM1.4 bilion setakat 22 Oktober 2026, yang dijangka menyediakan keterlihatan pendapatan bagi tempoh dua hingga tiga tahun kewangan akan datang. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved