Kota Kinabalu: Pusat Satelit ISN (Institut Sukan Negara) yang dilancarkan secara rasmi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas pada Jumaat dijangka memberi impak besar kepada ekosistem pembangunan sukan negeri dan negara.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN Dr. Vellapandian Pennusamy berkata demikian dalam ucapannya pada majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara ISN dan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan UMS untuk kerjasama itu.
Vellapandian berkata pusat itu akan dapat menawarkan kepakaran, sokongan dan pengurusan prestasi kepada atlet.
“Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan ISN sebagai peneraju negara dalam bidang sains sukan, tetapi juga membuka peluang lebih luas kepada atlet, jurulatih dan penyelidik di Sabah untuk mendapatkan akses kepada kemudahan dan kepakaran bertaraf dunia,” katanya.
Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Hj Mansor menambah, inisiatif itu bukan sekadar bentuk kerjasama formal, tetapi platform yang sangat strategik untuk menyatukan kepakaran akademik, sumber penyelidikan, dan komitmen bersama dalam memajukan sains sukan khususnya di Sabah dan Borneo.
“Pusat Satelit ini membuka ruang kepada fakulti untuk mengukuhkan program pengajaran dan pembelajaran, meluaskan rangkaian penyelidikan, dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk penglibatan pelajar dalam projek penyelidikan pasca siswazah berimpak tinggi.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa fakulti komited untuk memastikan semua bentuk kerjasama bukan hanya di atas kertas, tetapi benar-benar dilaksanakan dengan kesungguhan dan keupayaan sebenar kami.
“Kami percaya melalui hubungan rapat ini, banyak perkara boleh dicapai termasuk latihan kepakaran, pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti tenaga tempatan dalam bidang sains sukan,” katanya.
Sementara itu turut hadir pada majlis tersebut ialah Dekan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Prof. Madya Dr. Soon Singh A/L Bikar Singh, Pengerusi Lembaga Pengarah ISN Datuk Chin Leng Sim @ Marina Chin, Ketua Pusat Satelit ISN-UMS Prof. Prof Dr Mohd Rozilee Wazir dan pegawai atasan lain.