Pusat ‘scammer: Kemungkinan warga asing ditahan jadi mangsa sindiket disiasat

7 Oct 2026 • 10:51 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pusat ‘scammer: Kemungkinan warga asing ditahan jadi mangsa sindiket disiasat

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen akan menjalankan siasatan lebih mendalam sama ada warga asing yang ditahan dalam operasi terhadap sindiket ‘scammer’ di sebuah resort di Sungai Lembing, Pahang baru-baru ini merupakan mangsa sindiket ataupun tidak.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan lanjut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) itu juga akan memberi tumpuan kepada jenis penipuan yang dijalankan dan operasi sindiket secara keseluruhan.

“Kami turut menyiasat sama ada sebahagian warga asing yang ditahan sebenarnya merupakan mangsa sindiket penipuan pekerjaan dan dipaksa bekerja di pusat panggilan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya lagi, siasatan turut mendapati sindiket itu dipercayai pernah beroperasi di dua negara lain sebelum berpindah ke Malaysia.
“Berdasarkan maklumat dalam pasport, anggota sindiket pernah berada di Kemboja dan Vietnam, selain dipercayai beroperasi di Kemboja selama kira-kira sembilan bulan sebelum datang ke Malaysia,” jelasnya.

Katanya, sindiket berkenaan dipercayai beroperasi secara berpindah-randah dari satu negara ke bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Semalam, media melaporkan seramai 98 individu, terdiri daripada 95 warga asing dan tiga rakyat Malaysia ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen di sebuah resort di Jalan Sungai Arang, Sungai Lembing, Pahang pada 5 Oktober lalu.

Serbuan itu dilakukan selepas pihak Imigresen menjalankan risikan selama kira-kira sebulan. – UTUSAN

The post Pusat ‘scammer: Kemungkinan warga asing ditahan jadi mangsa sindiket disiasat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved