12 warga asing ditahan sasar mangsa China dan Eropah penipuan pelaburan

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 2:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 12 warga asing ditahan sasar mangsa China dan Eropah penipuan pelaburan

KUANTAN – Seramai 12 orang terdiri daripada 10 warga China dan masing-masing seorang warga India dan Myanmar ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti scam susulan serbuan Jabatan Imigresen ke pusat peranginan Lake Castle Resort, Sungai Lembing yang dijadikan markas scam.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kesemua individu berusia 21 hingga 35 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pelaburan dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari China dan Eropah.

Katanya seorang lelaki warga China berusia 35 tahun ditahan ketika memasuki premis itu manakala 11 lagi berjaya ditahan di sekitar daerah ini.

“Dalam serbuan tersebut polis turut merampas 14 telefon bimbit, tujuh komputer, sebuah komputer riba, dua unit ‘router’ Wi-Fi, sebuah kenderaan serta satu unit alat kawalan jauh kenderaan dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM215,000..

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti mangsa, jumlah kerugian sebenar serta rangkaian sindiket yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azry Akmar, kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120 (B) Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati sindiket menggunakan talian internet tempatan dan dipercayai telah beroperasi di Malaysia selama kira-kira dua bulan.

“Sindiket dipercayai beroperasi sebagai khidmat pelanggan dengan menggunakan aplikasi pelaburan online Minca untuk memperdaya mangsa menyertai pelaburan yang tidak wujud dengan menjanjikan pulangan lumayan.

“Semakan sejarah komunikasi melalui aplikasi Telegram dan Meta Business turut menemukan perbualan yang menunjukkan hubungan antara sindiket dengan mangsa bagi menawarkan pelaburan melalui aplikasi tersebut,” katanya.

Hari ini Kosmo! melaporkan di sebalik suasana sunyi sebuah pusat peranginan yang ditutup sejak setahun lalu di Sungai Lembing Kuantan, tersembunyi markas penipuan antarabangsa yang beroperasi 24 jam sehari untuk memperdaya mangsa.

Sindiket terbabit bukan sahaja sanggup membayar sewa kira-kira RM35,000 sebulan, malah menjadikan premis itu sebagai ibu pejabat operasi scam yang lengkap dengan kemudahan internet canggih. – KOSMO! ONLINE

The post 12 warga asing ditahan sasar mangsa China dan Eropah penipuan pelaburan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved