
Dari Dewan Undangan Negeri Ke Pusat Seni Ala Royal Albert Hall
Kalau korang ingat Sarawak cuma tentang hutan hujan dan makanan eksotik, tunggu dulu! Negeri Bumi Kenyalang ni tengah buat makeover besar-besaran untuk jadi destinasi pelancongan paling lit di Malaysia – dan mungkin Asia Tenggara.
Yup, you read that right. Bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak bakal bertukar wajah jadi Pusat Seni Persembahan Bertaraf Dunia, siap dengan konsep macam Royal Albert Hall kat London. Dijangka siap pada hujung tahun 2027, venue ni bakal jadi rumah kepada konsert antarabangsa dan pertunjukan budaya mega.

Gambar sekadar ilustrasi.
Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, ini adalah strategi utama untuk menarik acara besar-besaran ke Sarawak – dari konsert global ke kejohanan sukan bertaraf dunia.
“Acara berskala besar bawa pulangan ekonomi segera, liputan media global, dan naikkan imej Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama,” katanya, menurut laporan media tempatan.
Sarawak Craft Centre & Water Fun Park Coming Soon
Bukan setakat seni je, Sarawak juga rancang nak buka Pusat Kraftangan Sarawak khas untuk artisan tempatan pada tahun 2026. Bayangkan tempat eksklusif untuk hasilkan dan jual kraf tradisional sambil pelancong boleh belajar sejarah budaya tempatan – hands-on experience, gitu.
Satu lagi projek menarik: kolam renang MBKS akan ditransform jadi Water Fun Park, siap dengan vibe santai untuk seisi keluarga. Tambahan pula, akan wujud juga satu pusat khas untuk UNESCO Creative City of Gastronomy. Ya, ini semua untuk meraikan reputasi Kuching sebagai foodie haven!
Boost Kawasan Pantai & Projek Homestay RM3.37 Juta
Sarawak turut tak lupakan kawasan luar bandar. Projek Tourist Support Centre untuk Lundu dan Sematan dijangka siap hujung tahun ini. Selain itu, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Sarawak dah berjaya dapat RM3.37 juta untuk naik taraf 15 projek pelancongan – termasuk homestay dan kemudahan pelawat di seluruh negeri.
Antara yang bakal dinaik taraf:
- Telaga Air Waterfront
- Taman Negara Bako
- Bukit Lambir
- Taman Tumbina
- SantuBong & Lobang Batu Homestay
- Rumah Margretta Kerangan Buloh di Julau
Dan jangan lupa, kemudahan di Tun Ahmad Zaidi Nature Reserve di Sibu pun akan dapat facelift.
Perancangan Sehingga 2030 – All Eyes On Sarawak!
Semua ini adalah sebahagian daripada penutup Rancangan Malaysia Ke-12 dan permulaan kepada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030). Harapannya? Sarawak akan jadi bintang pelancongan Malaysia menjelang 2030.
“Kita nak pastikan industri pelancongan terus menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran Sarawak,” kata Abdul Karim penuh harapan.
Sarawak tengah upgrade besar-besaran — pusat seni, taman air, pusat kraftangan, homestay kampung — semua nak tarik pelancong, boost ekonomi dan jadikan Sarawak next-level destinasi global. Lepas ni jangan pelik kalau tengok Ed Sheeran buat konsert kat Kuching.
Baca juga artikel yang berkaitan dengan pembangunan di Sarawak:

