Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah

GamingSports
15 Oct 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.

Acara kejuaraan anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) ini merangkumi dua kategori utama iaitu Pro Championship yang melibatkan saingan sengit antara pelumba simulator elit serta Campus Tour sebagai inisiatif pencarian bakat baharu di peringkat universiti.

Kejuaraan tahun ini tampil berbeza dengan penggunaan pelbagai platform iaitu Assetto Corsa, RaceRoom, iRacing dan Gran Turismo 7, menjadikan perlumbaan lebih kompetitif dan dinamik. Tahun ini, 35% pelumba separuh akhir merupakan muka baharu hasil format pertandingan yang lebih terbuka.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Selepas tiga pusingan sengit yang juga penamat kepada kejuaraan kali ini, adik-beradik Nabil dan Naquib Azlan berjaya menguasai tempat pertama dan kedua dalam kategori Pro, diikuti oleh juara bertahan Taj Izrin Aiman di tempat ketiga.

image is not available

Ketiga-tiga pelumba akan berentap dengan pesaing lain dari negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura dalam usaha untuk mempertahankan gelaran serantau Malaysia, selepas Taj mengukir sejarah sebagai juara eRacing Asia pertama dari Malaysia pada 2024.

image is not availableimage is not available

Menyerikan lagi acara kali ini ialah kategori perlumbaan Campus Tour yang membawakan pengalaman eRacing ke lapan universiti di Malaysia, menyerlahkan komitmen Toyota untuk membangunkan bakat pelumba muda. Sepuluh peserta terpantas dari setiap kampus berpeluang bertanding di peringkat akhir, dengan Randy Goh dari INTI Subang muncul sebagai juara.

image is not availableimage is not available

Perlumbaan Media Exhibition Race turut diadakan bagi memberi peluang kepada 10 wartawan automotif untuk merasai pengalaman berlumba menggunakan simulator dalam suasana santai penuh gelak tawa.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, “Sejak 2017, Toyota menumpukan perhatian pada perlumbaan, baik yang maya mahupun yang sebenar. Misi kami adalah menghasilkan bakat dalam negara, melahirkan juara, serta merangka laluan daripada simulasi kepada perlumbaan sebenar.

image is not availableimage is not available

Empat daripada sepuluh pserta peringkat akhir ini telah pun berjaya dalam perlumbaan sebenar, menjadi bukti falsafah kami untuk terus mara ke peringkat lebih tinggi (Pushing the Limits for Better),” ujarnya.

image is not available

Pendaftaran Program Rookie 2026 Toyota GAZOO Racing Malaysia kini dibuka untuk pelumba simulator dan karting. Pendaftaran boleh dibuat melalui tyt.my/rookiesignup2026 dan media sosial rasmi Toyota GAZOO Racing Malaysia sebelum 26 Oktober 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Toyota GAZOO Racing Malaysia.

image is not available