PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

LocalCars
24 Jun 2026 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

Langkah agresif ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan dalam situasi ekonomi yang mencabar, malah menjadi strategi serampang dua mata PUSPAKOM untuk mengurangkan masa menunggu pelanggan dan meningkatkan kualiti keselamatan jalan raya.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman berkata, dengan penambahan 100 VE baharu, kami bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan teknikal untuk rakyat Malaysia, malah memperkukuh misi utama untuk memastikan setiap kenderaan di jalan raya mematuhi standard keselamatan dan alam sekitar yang ketat.

"Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kami memilih untuk terus membangunkan keupayaan dalam bidang yang paling penting kepada keselamatan pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan.

Calon yang berjaya akan mengikuti latihan komprehensif di fasiliti latihan bertauliah PUSPAKOM merangkumi protokol pemeriksaan, penggunaan peralatan diagnostik canggih, pematuhan peraturan, pengalaman pelanggan serta aspek etika profesional.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved