Puspakom Kajang periksa kenderaan komersial ringan

LocalCars
29 Oct 2026 • 5:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Puspakom Kajang periksa kenderaan komersial ringan

PETALING JAYA: Puspakom Kajang mula menawarkan pemeriksaan berkala dan pemeriksaan ulangan berkala bagi kenderaan komersial ringan sejak semalam, dengan 87 tempahan direkodkan bagi tempoh 28 hingga 30 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, jumlah tempahan setakat 28 Oktober merangkumi 63 pemeriksaan berkala dan 24 pemeriksaan ulangan berkala.

Beliau berkata, cawangan itu turut merekodkan purata 350 pemeriksaan kenderaan persendirian sehari sejak mula beroperasi pada 5 Oktober lalu.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen pasukan kami dalam memastikan operasi berjalan mengikut perancangan, selain menerima sambutan menggalakkan sejak cawangan Kajang dibuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan awalan dan pemeriksaan ulangan awalan bagi kenderaan komersial ringan pula dijadualkan bermula pada 23 November ini.

“Kami akan terus memperkenalkan perkhidmatan selebihnya secara berperingkat,” katanya.

Puspakom Kajang menyediakan 10 lorong pemeriksaan, masing-masing lima untuk kenderaan komersial dan persendirian, dengan kapasiti sehingga 800 kenderaan sehari apabila beroperasi sepenuhnya.

Kemudahan itu turut memudahkan pengendali kenderaan dari Kajang, Semenyih, Beranang, Bangi dan kawasan sekitarnya mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan. – UTUSAN

The post Puspakom Kajang periksa kenderaan komersial ringan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved