Taktik licik kenderaan persendirian tipu Puspakom

LocalCars
25 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Taktik licik kenderaan persendirian tipu Puspakom

KUANTAN – Perkhidmatan menyewa tayar turut melibatkan kenderaan persendirian bagi memastikan lulus pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan bukan hanya tertumpu kepada kenderaan perdagangan.

Perkhidmatan menyewa tayar berkenaan turut melibatkan pakej keseluruhan termasuk pengubahsuaian brek dan sebagainya bagi memastikan lulus pemeriksaan di Puspakom.

Kebanyakan kereta yang dibawa ke Puspakom adalah selepas melakukan penukaran enjin atau penukaran nama selepas kematian pemilik.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Aru berkata, dia yang menukar enjin kereta jenis Perodua Myvi baru-baru ini turut menggunakan perkhidmatan menyewa tayar bagi memastikan lulus pemeriksaan Puspakom.

Katanya dia mengambil pakej penuh menggunakan runner yang akan menguruskan kesemua urusan pemeriksaan dengan kos kira-kira RM600.

“Saya difahamkan pendaftaran melalui dalam talian, namun urusan pemeriksaan adalah ketat dan jika tidak lulus sudah tentu akan merugikan masa saya.

“Jadi saya telah diperkenalkan dengan seorang runner yang akan menguruskan semua sekali sehingga lulus termasuk menyewa tayar dan mengubahsuai brek,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan menyewa tayar pada kadar RM100 hingga RM250 semata-mata untuk melepasi pemeriksaan Puspakom menjadi antara taktik segelintir pemilik lori bagi mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan.

Amalan itu dipercayai sudah dilakukan sejak sekian lama dengan bantuan sesetengah bengkel atau kedai tayar yang menawarkan perkhidmatan menyewa tayar untuk digunakan ketika pemeriksaan berkala.

Menurutnya, dia berpuas hati apabila pemeriksaan yang dilakukan di Puspakom itu lulus dan dia tidak datang lagi.

Dalam pada itu seorang pembeli kereta yang dikenali sebagai Ahmad berkata, dia turut membawa kereta terpakai yang hendak dibelinya ke Puspakom untuk memastikan kenderaan itu selamat.

“Saya bawanya sendiri kerana saya hendak lihat sendiri keadaan kereta itu, saya takut terbeli kereta potong kerana ada rakan saya menjadi mangsa membeli kereta potong,” katanya.

The post Taktik licik kenderaan persendirian tipu Puspakom appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved