Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pelakon Puteri Balqis tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kata-kata kesat selain berbahasa kasar menerusi beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya sebelum ini.
Aktres berusia 19 tahun yang lebih mesra dikenali sebagai Aqish itu mengakui terlalu beremosi selain bertanggungjawab atas segala perbuatannya.
“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas kata-kata kasar sebelum ini dan mengakui cara saya meluahkan emosi sangat keras.
“Saya minta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah saya lakukan,” katanya semalam (18 November).
Sambut Baik Tindakan Global Station Jalankan Siasatan, Dapatkan Keterangan Saksi Berhubung Dakwaan Gangguan Seksual
Dalam pada itu, dia memaklumkan bahawa pihak produksi, Global Station akan menyiasat dakwaan gangguan seksual membabitkan dirinya dan seorang pelakon lelaki dipercayai di set penggambaran projek drama terbaharunya.
Menurut Aqish, pihak produksi terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya, ini termasuklah memfailkan pertuduhan berdasarkan rakaman asal serta keterangan saksi.
Mengulas lanjut, Aqish yang membintangi drama ‘Dua Nyawa’ meluahkan rasa syukur selepas produksi itu mahu mengambil tindakan lanjut.
“Terima kasih kepada Global Station kerana memandang serius perkara ini ketika ribuan orang lain tidak berbuat demikian. Terima kasih kerana tidak takut kepada kebenaran.
“Saya amat berharap agar para saksi terus bercakap benar mengenai apa yang mereka lihat dan ketahui,” katanya.
‘Ramai Perjuang Keadilan, Tetapi Tidak Ramai Yang Percaya Kami’ – Puteri Balqis
Dia bagaimanapun meluahkan rasa kesal apabila segelintir masyarakat tidak mempercayai dan mencemuh kenyataannya walhal sering bercakap soal keadilan.
“Daripada ribuan orang termasuk peguam, pempengaruh, artis, remaja yang memperjuangkan keadilan serta masyarakat yang bercakap mengenai keadilan, begitu ramai tetapi mereka tidak mempercayai perkara yang berlaku kepada kami.
“Sekali lagi, kami diingatkan tentang apa yang berlaku kepada ibu saya.
“Rasa tidak percaya, penolakan dan kesakitan yang sama. Jika keadaan itu terbalik, kalian pasti akan mempercayai mereka tanpa sebarang keraguan,” jelasnya.
‘Saya Harap Siasatan Ini Tegakkan Kebenaran’ – Puteri Balqis
Tambahnya, dia berpegang teguh dengan setiap kenyataan dikeluarkannya sebelum ini dan sekali lagi meluahkan penghargaan kepada Global Station atas tindakan susulan mengenai isu tersebut.
“Kata-kata tidak dapat menggambarkan rasa syukur kami dan perkara itu sangat bermakna buat saya dan keluarga.
“Saya amat berharap siasatan ini akan membawa pencerahan, menegakkan kebenaran dan membawa kepada keadilan. Sementara itu, kami akan menunggu,” katanya di akhir perkongsian.
View this post on Instagram
Aqish Dakwa Ada Pelakon Lelaki Cuba Ambil Kesempatan Dengan Bergesel & Berlaga Tanpa Sebab
Sebelum ini, Aqish mendapat perhatian ramai selepas memuat naik hantaran meminta mana-mana pihak yang disifatkannya sebagai talam dua muka untuk berhenti mengikuti (unfollow) atau menyekat (block) akaun media sosialnya.
Difahamkan kenyataan itu dikeluarkan selepas sesetengah pihak tidak mempercayai dakwaan dirinya diganggu secara seksual oleh seorang pelakon lelaki.
Dia mendakwa pelakon lelaki terbabit cuba bergesel dan berlaga dengannya di set penggambaran tanpa sebab.
Dakwanya, perkara tersebut berlaku dengan kerap malah dia juga meminta pengarah mengurangkan babak bersentuhan dengan hero berkenaan kerana mahu mengelak pelakon terbabit mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel
Ramai Kaitkan Dakwaan Gangguan Seksual Dengan Pelakon Meningkat Naik
Meskipun Aqish tidak menyebut sebarang nama, netizen mengaitkan hantaran tersebut dengan pelakon popular yang kebetulan sedang bergandingan dengannya dalam drama terbitan iQIYI, ‘Dua Nyawa’.
Lebih menguatkan spekulasi apabila Aqish dilihat memuat naik satu hantaran Instagram Story terbaharu menghentam seorang wanita dan memanggilnya dengan perkataan ‘betina’.
Dalam hantaran itu, wanita berkenaan memintanya untuk membuat laporan kepada pihak berkaitan sekiranya benar dia diperlakukan sedemikian.
Apa yang mencuri tumpuan, nama Zarif yang disebut oleh pengguna IG tersebut.
“Lah pulak, kalau betul Zarif buat sesuatu dekat awak, buat la laporan di tempat sepatutnya. Kalau tak, baik bersihkan nama dia,” kata wanita itu.
![Image from: Puteri Balqis Mohon Maaf Guna Bahasa Kasar, Pihak Produksi Siasat Dakwaan Gangguan Seksual [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-17-at-15.07.50.jpeg)





