Puteri Balqis Mohon Maaf Kerana Biadab, Dakwa Ada Bukti Kukuh Rakaman Dan Bukti Kukuh Pelakon Lelaki Buat Gangguan Seks*l

EntertainmentLifestyle
18 Nov 2026 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Puteri Balqis tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada syarikat produksi Global Station susulan penggunaan kata-kata keras ketika meluahkan rasa tidak puas hati berhubung kontroversi yang melibatkan dirinya sebelum ini.

Puteri Balqis, 19, atau lebih mesra disapa Aqish mengakui tindakannya menzahirkan emosi secara keterlaluan di media sosial merupakan satu kekhilafan yang perlu dipertanggungjawabkan.

Advertisement

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Aqish turut berkongsi perkembangan terkini berhubung dakwaan gangguan seksual yang didakwa berlaku ketika dia menjalani penggambaran sebelum ini.

Puteri Balqis Mohon Maaf Di Instagram

Dalam perkongsian tersebut, Aqish secara terbuka mengakui kesilapannya menggunakan bahasa yang keras ketika meluahkan perasaan berhubung isu berkenaan.

View this post on Instagram

Malah, dia turut menzahirkan rasa kesal dan bersedia memikul tanggungjawab terhadap tindakannya.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas kata-kata keras yang pernah saya luahkan sebelum ini. Saya mengakui cara saya menzahirkan emosi ketika itu agak keterlaluan.

“Saya benar-benar kesal dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan saya. Sekali lagi, saya memohon maaf.”

Dakwa Diganggu Secara Seksual Di Set

Dalam perkembangan sama, Aqish memaklumkan bahawa dia telah menerima maklum balas daripada pihak Global Station berhubung dakwaan dirinya diraba oleh seorang pelakon lelaki ketika berada di set penggambaran.

sThreads  

Menurutnya, syarikat produksi tersebut kini sedang menjalankan siasatan terperinci dengan mengambil kira rakaman asal serta keterangan saksi yang berada di lokasi kejadian.

Aqish turut memaklumkan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan berkenaan.

Pihak Produksi Sedang Jalankan Siasatan

Dalam pada itu, Aqish turut merakamkan penghargaan kepada pihak Global Station kerana mengambil serius dakwaan yang dibangkitkannya.

Menurut pelakon berkenaan, kesediaan pihak produksi untuk mendengar penjelasannya amat bermakna buat dirinya dan keluarga.

“Terima kasih kerana tidak gentar untuk berdepan dengan kebenaran. Saya juga amat berharap agar saksi terus berpegang kepada kebenaran berdasarkan apa yang mereka lihat dan ketahui.

“Kesediaan pihak Global Station mengambil perkara ini secara serius amat bermakna buat saya dan keluarga ketika begitu ramai pihak lain termasuk golongan profesional dan masyarakat enggan mempercayai apa yang berlaku kepada kami.”

Aqish turut berharap agar individu yang menjadi saksi kejadian tersebut terus memberikan keterangan yang benar berdasarkan apa yang dilihat dan diketahui mereka.

“Saya amat berharap agar siasatan ini dapat memberikan penjelasan yang sewajarnya, merungkai kebenaran dan seterusnya membawa kepada keadilan. Buat masa ini, kami akan menunggu perkembangan selanjutnya.”

Buat masa ini, Aqish memilih untuk menunggu perkembangan siasatan pihak Global Station dan berharap proses berkenaan dapat memberikan penjelasan serta keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Dakwaan gangguan seksual tersebut masih dalam siasatan dan belum ada keputusan rasmi yang dinyatakan dalam perkongsian berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Puteri Balqis Mohon Maaf Kerana Biadab, Dakwa Ada Bukti Kukuh Rakaman Dan Bukti Kukuh Pelakon Lelaki Buat Gangguan Seks*l2026-11-17 15:39:59

"Kalau Betul Pergi La 'Report', Orang Dah Bosan Lah" - Panggil Orang Bet*na, Puteri Balqis Dakwa Diganggu Secara S*ksual Pelakon Lelaki

The post Puteri Balqis Mohon Maaf Kerana Biadab, Dakwa Ada Bukti Kukuh Rakaman Dan Bukti Kukuh Pelakon Lelaki Buat Gangguan Seks*l first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved