“Puteri Gunung Ledang Tu Cucu Wali Songo, Mustahil Berkemban” – Netizen Kritik Pemakaian Pelakon Teater PGL, Dakwa Seksi Dan Pakai ‘Pottu’

Entertainment
3 Nov 2026 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kemunculan beberapa pelakon Muslim yang memakai pottu atau bindi dalam pementasan Teater Puteri Gunung Ledang mengundang perbincangan dalam kalangan netizen.

Pelakon Muslim PGL The Musical Pakai Pottu?

Perkara itu dibangkitkan seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan pemakaian simbol tersebut, selain menyentuh soal batas antara elemen persembahan teater dengan perkara berkaitan akidah.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut pengguna berkenaan, pemakaian bindi atau pottu oleh wanita Muslim boleh menimbulkan persoalan kerana ia dikaitkan dengan identiti serta kepercayaan agama Hindu.

Dalam masa sama, terdapat netizen yang melihat perkara tersebut daripada sudut sejarah dan jalan cerita Puteri Gunung Ledang.

kk

Seorang pengguna berpendapat watak Puteri Gunung Ledang tidak seharusnya digambarkan seperti wanita biasa kerana latar watak berkenaan dikaitkan dengan keturunan bangsawan.

“Sebenarnya pelakon-pelakon PGL ni tak perlu pun berkembang. Tak ada satu pun hikayat cakap Puteri Gunung Ledang tu berkembang. Malah, dia dari keturunan bangsawan. Sukar sekali berkemban.”

Bagaimanapun, pengguna sama tetap menyatakan keterujaannya untuk menyaksikan pementasan tersebut.

Puteri Gunung Ledang Muslim Yang Warak, Mustahil Berkemban

Seorang lagi netizen pula berkongsi pandangan mengenai latar sejarah masyarakat Jawa pada zaman Majapahit dan pengaruh Islam yang datang kemudian.

jj

Katanya, berdasarkan pembacaan yang pernah dilakukan, terdapat perubahan dari segi cara pemakaian selepas wujudnya pengaruh Islam dalam masyarakat berkenaan.

Namun, dia turut membuka ruang untuk diperbetulkan sekiranya terdapat maklumat yang kurang tepat.

Perbincangan itu menunjukkan rata-rata netizen bukan sahaja memberi perhatian kepada aspek persembahan dan lakonan, malah turut meneliti unsur sejarah, budaya serta agama yang diketengahkan dalam Teater Puteri Gunung Ledang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

m2026-11-03 14:32:26

Penyanyi Akademi Fantasia 3 Mohon Bantuan, Akui Dah Tiada Daya - "Kalau Saya Pemalas, Anak Dah Kebulur"

The post “Puteri Gunung Ledang Tu Cucu Wali Songo, Mustahil Berkemban” – Netizen Kritik Pemakaian Pelakon Teater PGL, Dakwa Seksi Dan Pakai ‘Pottu’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved