“Witnessed It With My Own Eyes…” - Tiara Jacquelina Puji Usaha Aisha Retno Bawa Watak Puteri Gunung Ledang

3 Nov 2026 • 12:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Witnessed It With My Own Eyes…” - Tiara Jacquelina Puji Usaha Aisha Retno Bawa Watak Puteri Gunung Ledang

Penerbit dan pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical, Puan Sri Tiara Jacquelina, menyifatkan penyanyi dan pelakon, Aisha Retno sebagai seorang penggiat seni yang luar biasa serta bekerja keras dalam menjayakan pementasan teater muzikal tersebut. Menerusi satu perkongsian di Threads, Tiara meluahkan rasa bangga terhadap usaha yang ditunjukkan Aisha sepanjang menjayakan produksi berskala besar itu.“I can only guide, the rest of the work is ALL YOU. You work so hard, Aisha... I've witnessed it with my own eyes.“Kalian sudah kenal belum ya, AISHA RETNO, SI PENYANYI DAN PELAKON LUAR BIASA? Love you back, so so much,” tulisnya.Terdahulu, Aisha turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tiara atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk membawa watak Puteri Gunung Ledang dalam naskhah muzikal tersebut.Pementasan berskala besar itu menampilkan kira-kira 50 pelakon di atas pentas termasuk anggota ensembel.Menariknya, naskhah kali ini menyaksikan gandingan barisan bintang generasi baharu apabila watak Gusti Puteri Retno Dumilah dikongsi bersama oleh Aisha dan Mila Mohsin, manakala Aqasha menggalas watak pahlawan legenda, Hang Tuah.Pementasan itu turut menampilkan Mimi Fly dan Nadia Aqilah yang bergilir-gilir membawa watak Bayan.Selain itu, Luqman Hafidz memegang watak Sultan Mahmud Shah, manakala Yusof Hashim pula membawakan watak Gusti Adipati Handaya Ningrat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved