Puteri Sarah Dikecam Hisap Vape Masa Live, Pembantu Peribadi Perjelas Sebenarnya…

Entertainment
24 Jan 2024 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video yang mencetuskan kekecohan di TikTok apabila bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dilihat kantoi menghisap vape atau rokok elektronik ketika sesi live.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Puteri Sarah rancak bersembang mengenai isu pecah amanah sebelum beberapa kali dilihat menghisap vape dan menghembuskan asap ke skrin.

image is not available

Ramai kecewa lihat Puteri Sarah hisap vape, rakan beri penjelasan

Susulan itu, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa kecewa melihat sikap selebriti tersebut dan meminta penjelasan di sebalik tindakannya itu.

Namun dalam satu lagi video yang tular, pembantu peribadi Puteri Sarah, Acu tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan bahawa vape tersebut merupakan miliknya.

Dia kini sedang dalam proses untuk berhenti merokok kerana sebelum ini merupakan perokok tegar. Malah Acu juga menjelaskan yang vape itu dibelinya ketika di Jakarta dan kandungannya adalah tanpa nikotin.

Acu juga pada masa yang sama meminta maaf kerana menghulurkan vape tersebut kepada Puteri Sarah.

Selain itu, rakan baik kepada Puteri Sarah juga mempertahankan pelakon itu dan mengatakan jika benar sahabatnya melakukan perkara tidak elok, sudah pasti dia telah menegurnya.

Tak apalah, semua orang pun melakukan kesalahan. Kita doa yang baik-baik buat Sarah ya.

Sumber: Youtube, TikTok 1 2

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.