“Terima Kasih Baba Dan Papa..” – Puteri Sarah Terharu Bekas Bapa Mentua Hadir Sokong Anak Di Acara Sukan

20 Jan 2024 • 1:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terharu dengan kehadiran ahli keluarga, aktres jelita Puteri Sarah Liyana sebak apabila bekas bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam sanggup hadir ke acara sukan anak lelakinya yang diadakan pada hari Sabtu.

Bapa turut hadir

Bukan itu sahaja, berdasarkan hantaran yang dikongsikan di Instagram, bapa kepada pelakon ini turut hadir bagi menyokong cucunya, Syaikhul Islam, 7 tahun itu. Kata Sarah, kehadiran dua lelaki penting dalam hidupnya itu bukti anak-anaknya tetap disayangi meskipun dirinya sudah tidak lagi bersama Syamsul Yusof.

Tak tahu kenapa gambar ni buat saya rasa sedih. Terima kasih baba dan papa teman ke perlawanan bola sepak Syaikhul hari ini.

 

Syaikhul Islam, awak ada dua figura hebat yang akan menjaga dan sayang awak no matter what. Jangan lupa nanti balas jasa atuk-atuk awak.

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah telah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata namun telah rasmi bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Syamsul juga telah mendirikan rumah tangga kali kedua pada Januari 2023.

image is not available 6 days ago

"Big Boss Minta Saya Berubah.." - Puteri Sarah Dengar Nasihat Andi Arsyil, Bertekad Jadi Lebih Pemaaf & Baik Tahun Ini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved