Puteri UMNO mahu wanita muda diberi peluang pimpin GLC 

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 12:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Puteri UMNO mahu wanita muda diberi peluang pimpin GLC 

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi lebih banyak peluang kepada wanita muda berusia bawah 40 tahun untuk memegang jawatan kepimpinan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kerajaan tempatan, badan berkanun dan sektor pembuatan dasar.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, langkah itu penting bagi memastikan sasaran penyertaan 30 peratus wanita tidak sekadar menjadi angka, sebaliknya diterjemahkan melalui peluang sebenar untuk wanita muda terlibat dalam proses membuat keputusan.

“Justeru, isu wanita muda dalam kepimpinan, Puteri memperjuangkan supaya diwujudkan laluan kepimpinan wanita muda bawah 40 tahun dalam GLC, kerajaan tempatan, badan berkanun dan pembuatan dasar.

“Bukan sekadar mengejar angka 30 peratus, tetapi memastikan wanita muda berada di meja yang membuat keputusan.

“Saya ulang, kerajaan hendaklah laksanakan program khas untuk wanita muda sertai GLC, kerajaan tempatan, badan berkanun dan pembuat dasar, supaya mereka boleh berada dalam suasana membuat keputusan.

“Kerana membuat keputusan adalah intipati kepada kepemimpinan,” katanya dalam Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin.

Tambah Nurul Amal, tuntutan penyertaan 30 peratus wanita tidak boleh hanya kekal sebagai angka yang diulang dalam setiap ucapan.

Sebaliknya, katanya, sasaran itu perlu diterjemahkan kepada peluang yang boleh dilihat, dirasai dan dibuktikan, termasuk dalam soal pemilihan calon oleh parti.

“Ia mesti diterjemahkan kepada peluang yang boleh dilihat, dirasai dan dibuktikan. Dan apabila tiba waktunya parti menentukan calon, kita mahu wanita muda yang berkemampuan, bekerja dan diterima rakyat, diberikan sewajarnya.

“Bukan kerana mereka wanita muda tetapi kerana mereka mempunyai kemampuan untuk memimpin,” katanya. – UTUSAN

The post Puteri UMNO mahu wanita muda diberi peluang pimpin GLC  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved