Putrajaya Sasar Sediakan 500 Pengecas EV Menjelang 2030, 50 Tahun Ini

LocalTechnology
18 Oct 2024 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perbadanan Putrajaya (PPj) merancang untuk menyediakan sebanyak 500 poin pengecasan kenderaan elektrik (EV) di pusat pentadbiran kerajaan menjelang tahun 2030. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Putrajaya sebuah bandar rendah karbon.

Lokasi Strategik Stesen Pengecasan

image is not available

Presiden PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud, memaklumkan bahawa beberapa lokasi strategik telah dikenal pasti untuk pemasangan stesen pengecasan EV, termasuk Laman Perdana, Kompleks PPj, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Taman Saujana Hijau, Marina Putrajaya, Putrajaya Sentral, dan Kelab Tasik Putrajaya.

"Setakat ini terdapat 23 unit poin pengecasan EV disediakan sebagai kemudahan kepada pengguna di kawasan ini," katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa jumlah poin pengecasan tersebut akan ditambah kepada 50 menjelang akhir tahun ini.

Kerjasama Dengan Gentari

image is not available

Fadlun turut menyatakan bahawa kerjasama dengan Gentari Green Mobility Sdn Bhd adalah contoh bagaimana Putrajaya bekerjasama dengan pemain tenaga global bagi menyediakan kemudahan pengecasan EV untuk penduduk dan pengunjung di Putrajaya.

"PPj juga komited untuk mempercepatkan peralihan bandar Putrajaya ke arah masa depan yang mampan menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak swasta," tambahnya.