‘Putri Ariana Jazmin dah balik’

LocalFamily & Parenting
15 Aug 2026 • 11:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Putri Ariana Jazmin dah balik’

PETALING JAYA – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dliaporkan hilang sejak dua hari lalu telah ditemui dalam keadaan selamat.

Berita gembira itu telah dikongsi oleh ibu saudara remaja terbabit, di aplikasi Threads yang dikenali sebagai Akirashaheera.

Menurutnya, anak saudaranya itu bernama Putri Ariana Jazmin.

“Assalamualaikum semua. Anak buah kesayangan kami dah dijumpai, Putri Ariana Jazmin.

“Terima kasih atas doa doa kalian semua, Allah je mampu balas. Kakak nana dah balik,”tulis wanita itu.

Terdahulu, Putri Ariana dilaporkan tidak pulang ke rumah keluarga selepas habis waktu persekolahan dan kali terakhir dilihat memakai baju sukan sebuah sekolah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi perasaan gembira dengan penemuan itu.

“Alhamdulillah, jangan marah dia, bagi makan bagi rehat. Nanti tegur elok-elok masa dia tidur bacakan alam nashrah. Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga,”tulis Muslimahsushiipoh_hq.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hazwa79.

“Alhamdulillah,kakak nana lepas ni jangan buat lagi ye. Sian mak ayah risau cari kakak.. Jaga diri elok-elok ye, kat luar tu bahaya, ramai orang jahat yang tengah tengah tunggu peluang naj amik kesempatan je,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post ‘Putri Ariana Jazmin dah balik’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved