
Barcelona, Sepanyol, 25 Ogos 2025 – Espana Superbike Championship (ESBK) kini memasuki Pusingan 5 daripada tujuh pusingan musim 2025. Aksi hujung minggu ini akan berlangsung di Circuit de Navarra, litar teknikal sepanjang 4.313 kilometer yang mempunyai 17 selekoh, termasuk 11 selekoh kanan dan enam selekoh kiri.
Pelumba negara, Qabil Irfan, tampil dengan keyakinan tinggi selepas mencatat kejayaan cemerlang di pusingan ke-4 yang turut berlangsung di litar sama, apabila menjuarai Race 1 dan menamatkan Race 2 di tempat ke-4.
Setakat ini, Qabil sudah mengumpul empat kemenangan dan tiga kali di tempat kedua, sekali gus mendahului kedudukan keseluruhan dengan kelebihan 49 mata mengatasi pencabar terdekat, Izan Rodriguez dari Sepanyol.
Race 1 di Navarra tidak akan disiarkan secara langsung, namun Race 2 boleh ditonton secara langsung melalui saluran YouTube rasmi RFME.
Untuk perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti laman rasmi Facebook dan Instagram ZK Racing.
Tonton Race 2 secara langsung di sini: youtube.com/@RFME
The post Qabil Irfan Kekal Fokus, Sedia Beraksi di Pusingan 5 ESBK di Navarra appeared first on TW Media.
