Qasrina Karim Kagum Dengan BAGA: Esok Untuk Siapa - “Tidak Takut Mengetengahkan Realiti Yang..."

6 Nov 2026 • 8:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Qasrina Karim Kagum Dengan BAGA: Esok Untuk Siapa - “Tidak Takut Mengetengahkan Realiti Yang..."

Pelakon, Qasrina Karim meluahkan rasa kagum terhadap filem BAGA: Esok Untuk Siapa yang disifatkannya sebagai sebuah karya dengan penceritaan yang jujur dan saray dengan sisi kemanusiaan.Menerusi hantaran di Threads, Qasrina berkata ia tertarik dengan keberanian filem berkenaan mengetengahkan realiti kehidupan yang mungkin sukar untuk diterima atau dibicarakan oleh sesetengah pihak.“BAGA ialah sebuah karya yang jujur dan sangat dekat dengan sisi kemanusiaan. filem ini tidak takut untuk mengetengahkan realiti kehidupan yang tak semua tahu,” tulisnya.Dalam pada itu, Qasrina turut memuji keseluruhan penceritaan filem berkenaan serta persembahan mantap barisan pelakon yang menjayakannya.Dia juga tidak ketinggalan memberikan penghargaan kepada pengarah, Ariff Zulkarnain atas kejayaan menghasilkan sebuah lagi karya yang meninggalkan kesan kepada penonton.“Penceritaan yang sangat mantap dan persembahan cemerlang daripada semua pelakon. Syabas kepada seluruh barisan pelakon dan kru. Anda berjaya melakukannya sekali lagi, Ariff Zulkarnain,” katanya.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar untuk menyaksikan filem BAGA: Esok Untuk Siapa lakonan hebat Amir Ahnaf dan Amirah Razak.“Inshallah nanti nak tgk ceta BAGA.. tqvm Qas for info.. 🥰“Amazing acting right here.“Dear diary , nak tengok BAGA dengan qasqass agak agak boleh tak eh.“Okay kena tengok ni. I trust Qas punya review 😚,” komen netizen. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved