Qhaerul kaut emas kedua angkat berat buat Perak

16 Aug 2026 • 9:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Qhaerul kaut emas kedua angkat berat buat Perak

PETALING JAYA: Qhaerul Izzren Syuhada Abdullah menghadiahkan Perak emas kedua pada hari pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas muncul juara kategori bawah 53 kilogram (kg) wanita, hari ini.

Izzren, 18, mengumpul keseluruhan 143kg menerusi angkatan 64kg dalam snatch dan 79kg dalam clean and jerk untuk mengungguli saingan.

Atlet tuan rumah, Syaza Ilyana Maizan meraih perak dengan jumlah 138kg (63kg, 75kg), manakala Nur Zafeerah Safia Zaini dari Terengganu melengkapkan podium dengan 136kg (60kg, 76kg).

Kejayaan itu turut memperbaiki pencapaian Izzren pada penampilan sulungnya di SUKMA Sarawak 2024, apabila pengalaman daripada edisi lalu membantu atlet berkenaan tampil lebih baik untuk memburu emas kali ini.

Kemenangan itu turut membantu Perak mengumpul emas kedua dalam acara angkat berat selepas Qistina Qharisya Muzani terlebih dahulu muncul juara kategori bawah 48kg wanita.

Saingan angkat berat akan diteruskan esok menerusi kategori lelaki bawah 65kg dan bawah 71kg serta wanita bawah 59kg. – UTUSAN

The post Qhaerul kaut emas kedua angkat berat buat Perak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved