
JOHOR, 10 Ogos 2025 – QJMOTOR Malaysia memperkenalkan model sport naked terbaharu, QJMOTOR SRK250S, bersempena majlis perasmian Mforce SmartShop Tat Kang Motor Sdn. Bhd. di Johor. Menariknya, model 250cc ini ditawarkan pada harga mampu milik bermula RM9,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), menjadikannya antara motosikal 250cc paling berpatutan di pasaran.
Dikuasakan enjin silinder tunggal 249cc, 4-lejang, 4-injap, penyejukan cecair, SRK250S mampu menghasilkan 20.5kW pada 9,500rpm dan tork 22.5Nm pada 7,250rpm. Ia menggunakan transmisi 6-kelajuan, sistem EFI untuk penjimatan bahan api, serta klac basah berbilang plat.



Reka bentuknya tampil moden dengan fork terbalik di bahagian hadapan, monoshock boleh laras di belakang, brek cakera depan 300mm dan belakang 240mm dengan ABS, paparan meter digital, pencahayaan LED, port USB Type-A, sambungan Bluetooth, serta tempat duduk dua tingkat.
Dengan berat kering hanya 148kg dan ketinggian tempat duduk 780mm, SRK250S sesuai untuk penunggang baharu mahupun berpengalaman. Model ini hadir dengan dua pilihan warna — Black dan Grey — serta jaminan pengeluar dua tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.


Bagi mereka yang mahukan motosikal berkapasiti 250cc dengan harga di bawah RM10,000, QJMOTOR SRK250S jelas menjadi pilihan yang sukar ditolak.












The post QJMOTOR SRK250S – Motosikal 250cc Harga Bawah RM10,000 Kini di Malaysia appeared first on TW Media.
