Qualcomm Akan Melancarkan Peranti 6G Pertama Seawal 2028

TechnologyDigital
24 Sep 2025 • 9:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rangkaian 5G baharu sahaja dilancarkan secara meluas di Malaysia pada tahun 2021 dan selepas empat tahun ia kini hampir merangkumi keseluruhan tempat berpenduduk negara. Dengan 5G telah dilancarkan, pembangunan 6G telahpun dimulakan di China dan Korea Selatan yang ingin menjadi negara pertama melancarkannya.

image is not available

Di acara Snapdragon Summit 2025 yang berlangsung di Hawaii hari ini, CEO Qualcomm Cristiano Amon mengatakan syarikat beliau akan mengeluarkan peranti pra-komersial 6G pertama seawal 2028. Sasaran yang menarik kerana China misalnya merancang melancarkan rangkaian 6G komersial mereka menjelang 2030.

image is not available

Dalam ucapan yang sama, Amon berkongsi masa depan Qualcomm dengan 6 trend yang dilihat akan memandu masa depan kecerdasan buatan (AI) iaitu AI menjadi UI baharu, dunia berubah kepada penggunaan ejen AI, perubahan senibina perkomputeran, mode AI menjadi semakin hibrid, data rintis semakin penting dan rangkaian masa depan yang melihat ke hadapan.

Ini adalah dalam bentuk integrasi kesemua sensor peranti pintar termasuk kenderaan, cermin mata dan fon telinga yang sentiasa menyedari apa yang berlaku bagi memberikan saranan relevan kepada pengguna.