Qualcomm Mengesahkan Cip Akan Datang Mereka Akan Menawarkan Kelajuan Mencapai 5Ghz

Technology
1 Sep 2026 • 7:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm Mengesahkan Cip Akan Datang Mereka Akan Menawarkan Kelajuan Mencapai 5Ghz

Qualcomm dijadualkan memperkenalkan cip pemprosesan mercu baharu mereka kelak pada bulan ini. Melalui cip berkenaan, ia akan menyertakan CPU Oryon, sekaligus menjadikan ia sebagai cip pemprosesan mudah-alih pertama yang menawarkan kelajuan pemprosesan mencapai 5Ghz.

Qualcomm masih tidak berkongsi berkenaan kelajuan teknikal akhir yang akan dibawakan cip berkenaan, dan dijangka diumumkan pada acara berkenaan kelak. Melalui cip akan datang ini, ia akan mengabungkan dua teras perdana berkelajuan mencapai 5Ghz, dan dipadankan bersama 6 teras berasaskan prestasi.

Image from: Qualcomm Mengesahkan Cip Akan Datang Mereka Akan Menawarkan Kelajuan Mencapai 5Ghz

Dengan prestasi dan kelajuan tinggi ini, ia dijangka menawarkan prestasi baik bukan sahaja untuk permainan video dan pelancaran aplikasi, tetapi juga untuk urusan melibatkan AI berejen pada peranti, dan juga untuk penyuntingan video.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pelancaran cip ini tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved