Pas muktamad rundingan kerjasama selepas DUN Melaka bubar

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 12:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pas muktamad rundingan kerjasama selepas DUN Melaka bubar

MARANG: Pas akan memuktamadkan rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) berkenaan.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketika ini kedua-dua buah parti masih dalam rundingan bagi mencapai keputusan yang dapat disepakati menjelang PRN Melaka.

“Masih dalam rundingan. Perbincangan sudah dibuat, apabila DUN Melaka diumum dibubarkan, sampai masa kita hendak umum calon, kita muktamadkan,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Beliau ditanya penegasan BN Melaka yang kekal ber­tanding di semua 21 kerusi DUN milik gabungan itu yang menjadi garis sempadan perbincangan dengan mana-mana parti lain. – UTUSAN

The post Pas muktamad rundingan kerjasama selepas DUN Melaka bubar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved