Qualcomm Sahkan Samsung Galaxy S23 Ultra Dan RedMagic 8S Pro Guna Cip Yang Sama

TechnologyDigital
7 Aug 2023 • 7:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu lalu RedMagic 8S Pro dilancarkan di Malaysia dengan ia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 Leading Edition. Ini memulakan beberapa spekulasi mengenai apakah perbezaan cip ini dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang digunakan pada peranti Samsung.

image is not available

Menurut XDA Developers, Qualcomm mengesahkan Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version dan Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy adalah cip yang sama. Kedua-duanya mempunyai teras Cortex-X3 pada kelajuan lebih tinggi 3.36 GHz berbanding hanya 3.2 GHz pada Snapdragon 8 Gen 2. Kelajuan GPU juga dipertingkatkan ke 719Mhz berbanding 680MHz pada edisi biasa.

Qualcomm turut mengatakan perbezaan antara Leading Version dan For Galaxy ialah mereka bekerjasama dengan Samsung dalam perkongsian teknologi kamera. Tetapi dari segi lain kedua-dua cip adalah sama. Oleh sebab itulah kedua-dua cip turut menggunakan nama mod yang sama iaitu SM8550-AC.

Tahun ini bolehlah dikatakan Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy dan Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version adalah “Snapdragon 8+ Gen 2” yang tidak dilancarkan secara rasmi. Qualcomm tidak mendedahkan sama ada wujud pengeluar lain menggunakan cip ini. Yang disahkan ialah pengeluaran cip Qualcomm untuk telefon pintar menyusut 25% pada Q3 2023.