RedMagic 8S Pro Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM3699

TechnologyDigital
3 Aug 2023 • 4:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RedMagic 8S Pro adalah telefon gaming baharu RedMagic yang dilancarkan pada bulan lalu. Hari ini RedMagic 8S Pro akhirnya dilancarkan di Malaysia

image is not available

RedMagic 8S Pro hadir dengan skrin 6.8″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, hadir dengan memori sehingga 16GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB, dan bateri 6000mAh dengan pengecsan 65W.

Ia turut dilengkapi dengan sistem penyejukann ICE 12.0 serta mengekalkan ciri RedMagic Studio untuk menggunakan monitor atau televisyen skrin sebagai paparan utama dengan peranti menjadi alat kawalan.

image is not available

Terdapat tiga warna ditawarkan di Malaysia dengan variasi berbeza. Pertama adalah RM3699 untuk 12/256 GB berwarna Midnight. Kemudian Platinium dan Aurora (rekaan lutsinar) pada harga RM4499 untuk 16/512 GB. Sempena pelancaran, RedMagic akan memberi baucar RM100 setiap hari melalui Instagram rasmi mereka @redmagic.my. Jualan akan bermula di Shopee dan laman web RedMagic pada 14 Ogos nanti.