Qualcomm Sasar Pengkomersialan 6G Bermula 2029

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 5:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena dengan acara MWC 2026 yang berlangsung di Barcelona, Qualcomm mengambil peluang untuk mengumumkan kerjasama dengan sejumlah rakan kerjasama, dan akan memacu pembangunan rangkaian generasi akan datang, 6G. Menurut sasaran awal, Qualcomm menyasarkan untuk mengkomersialkan rangkaian 6G bermula 2029.

image is not available

6G dibangunkan dengan fokus terhadap sokongan natif bagi AI, membolehkan ia menawarkan sokongan sambungan, perkomputeran prestasi tinggi, dan juga penderiaan berskala besar. Ini sekaligus membawa kepada sejumlah kaedah penggunaan baharu, termasuk untuk peranti AI berejen.

6G turut dijangka menjadi titik tolak untuk sokongan kecerdasan buatan, robotik dan sebagainya. Menjelang 2028 kelak, industri dijangka akan memperlihatkan spesifikasi dan peranti pra-komersial yang menyokongnya. Sekiranya semua berjalan lancar, ia akan dikomersialkan menjelang 2029, dan orang ramai boleh mula menggunakannya bermula 2029.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved