Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 Dilancarkan Dengan Teknologi 4nm

TechnologyDigital
2 Sep 2024 • 12:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jun lalu Qualcomm melancarkan Snapdragon 6s Gen 3 dengan teknologi 6nm. Pagi ini Snapdragon 6 Gen 3 pula diumumkan dengan ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm Samsung. Cip hadir dengan empat teras CPU Cortex-78 2.40 GHz dan empat teras Cortex-A55 1.80GHz yang dipadankan dengan GPU Adreno 710 GPU. Walaupun mengekalkan penggunaan teras CPU yang sama, perbezaan antara 6 Gen 3 dan 6s Gen 3 terletak pada GPU lebih berkuasa dan teknologi ia dikilangkan sahaja.

image is not available

Melengkapkan cipset ini adalah sokongan modem selain turut menawarkan sokongan untuk QuickCharge 4+, memori LPDDR5, storan UFS 3.1, WiFi 6E, bluetooth 5.2 dan kamera utama sehingga 200MP atau tri-kamera 16MP.

Menurut Qualcomm, Snapdragon 6 Gen 3 menawarkan peningkatan 10% pada prestasi CPU, 30% pada prestasi GPU dan 20% pada prestasi AI berbanding Snapdragon 6 Gen 1. Tiada maklumat peranti pertama yang akan menggunakan cip ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved