Que Haidar, Linda Jasmine cerai sejak 2 Julai, ikatan 15 tahun terlerai

LocalEntertainment
27 Oct 2024 • 8:38 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

NAMPAK tenang namun pengakuan aktor tersohor, Que Haidar mengejutkan ramai. Masakan tidak, beliau dan isteri adalah antara 'loving couple' yang sentiasa kelihatan bahagia.

Pemilik nama Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45, bukan sahaja mengakui berpisah dengan bekas isterinya, Linda Jasmine, 52, malah ia berlaku pada 2 Julai lalu.

Pelakon Rock Oo! itu mengakui walaupun jodoh tidak panjang namun mereka menerima ketentuan ALLAH SWT malah hubungan masih kekal baik.

"Allahuakbar, Alhamdulillah itu (penceraian) yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan terbaik untuk saya dan Linda... Kami masih baik, tiada siapa mahu bercerai.

"Mungkin ini jalan terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu," katanya kepada mStar.

image is not available

Que bersyukur kerana anak-anaknya, Ratu dan Cleopatra sudah matang dan menerima penceraiannya dan Linda dengan baik.

Que yang selamat menunaikan haji baru-baru ini enggan berkongsi isu perceraiannya dan menyifatkan ia terlalu peribadi.

"Hal rumah tangga merupakan hal peribadi. Perkara seperti ini (penceraian) bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan sendiri, doakan terbaik,"

"Kami masih saling memberikan sokongan, apa terbaik untuk kami berdua dan anak-anak. Tidak ada benda perlu diuar-uarkan atau dikongsi.

image is not available

"Hubungan kami masih sangat baik dan Alhamdulillah anak-anak juga terima semua ini dengan matang. Tiada perbalahan antara kami," ujarnya.

Sekadar info, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.

Selain Ratu dan Cleo, Linda memiliki seorang anak lelaki iaitu Qalif, 24, daripada perkahwinan pertamanya.

Sumber: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved