“Saya Minta Semua Doakan Yang Terbaik Untuk Saya Dan Linda” – Que Haidar Dan Linda Jasmine Sah Bercerai Talak Satu

LocalEntertainment
27 Oct 2024 • 9:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah 15 tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon, Que Haidar telah mendedahkan dia dan isterinya, Linda Jasmine sudah bercerai dengan talak satu pada 2 Julai yang lalu.

Memetik dari Mstar. Que Haidar berkata walaupun jodoh mereka tidak panjang namun mereka menerima segala yang berlaku dengan hati yang terbuka dan masih mengekalkan hubungan dengan baik.

Allahuakhbar, Alhamdulillah itu (penceraian) yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya dan Linda. Kami masih baik, tiada sesiapa mahu bercerai.

image is not available

Mungkin ini jalan yang terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai yang lalu.

Walaubagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan punca penceraian mereka terjadi memandangkan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada khalayak ramai.

Pelakon itu turut menjelaskan dia berasa sangat bersyukur kerana anak-anaknya, Ratu dan Cleopatra sudah matang dan menerima penceraian ini dengan baik.

image is not available

image is not available 2 days ago

“Saya Dalam Usaha Memperbaiki Mutu Vokal” - Bella Astillah Sertai Kelas Vokal Untuk Perbaiki Kualiti Nyanyian