Huawei, jenama peranti elektronik terkemuka di China baru-baru ini telah memperlihatkan penawaran komputer riba premium terbaru mereka, iaitu Huawei MateBook Pro S yang akan diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran China pada 5 Ogos ini.
Komputer riba Huawei MateBook Pro S ini hadir dengan beberapa keunikannya tersendiri, diantaranya ialah ia akan dikuasakan cip pemprosesan Huawei sendiri, iaitu HiSilicon Kirin XE90 yang berasaskan teknologi cip ARM. Ia juga akan menggerakkan sistem operasi Huawei tersendiri, iaitu HarmonyOS, dan akan hadir dengan berat 798g sahaja.

Ini menjadikan komputer riba tersebut komputer riba yang paling ringan di dunia, tetapi merumahkan spesifikasi dalaman yang dikatakan agak berkuasa juga. Konfigurasi memori dan storan termasuklah memori LPDDR5 16GB dan storan SSD terbina 1TB.

Selain daripada itu, komputer riba MateBook Pro S ini juga hadir dengan tiga kamera terbina, dua di belakang paparan skrin, dan satu kamera webcam biasa. Butiran mengenai kamera-kamera ini tidak diketahui lagi, sama juga dengan konfigurasi paparan skrinnya buat masa ini.
Huawei MateBook Pro S ini juga akan hadir dalam lima pilihan warna, dengan butiran-butiran lanjut akan diumumkan sewaktu acara pelancarannya tidak lama lagi.
Sumber: Weibo






