Rabbit Park, Japanese Garden antara 122 tanah milik dilucut hak

1 Oct 2026 • 2:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rabbit Park, Japanese Garden antara 122 tanah milik dilucut hak

KUANTAN – Rabbit Park dan Japanese Garden antara 122 tanah milik Syarikat Berjaya Sdn. Bhd. di Bukit Tinggit yang dilucut hak kepada kerajaan negeri kerana kegagalan menjelaskan cukai tanah.

Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Saifullah Muhammad Ali berkata, pelucutan hak berkenaan dilakukan selepas syarikat berkenaan gagal menjelaskan cukai tanah berjumlah lebih RM70 juta.

“UPNP telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap tanah milik syarikat Berjaya Sdn Bhd di Bukit Tinggi, yang telah di lucuthak kepada Kerajaan Negeri Pahang dua hari lalu.

“Sebanyak 122 hak milik yang telah dilucut hak telah disita, manakala struktur kekal yang berada atas tanah kerajaan telah dikosongkan dan dikunci dengan pemasangan rantai dan mangga kunci,”katanya di sini hari ini.

Jelasnya antara kawasan yang terlibat adalah kuarters pekerja, dobi, Rabbit Park dan Japanese Garden yang masing-masing berada di atas tanah kerajaan yang telah dilucut hak.

Katanya, semua aktiviti di lokasi terlibat turut diarah diberhentikan serta-merta dan sekiranya ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828).

“Wakil Berjaya Group yang hadir ke lokasi turut dimaklumkan bahawa tindakan tersebut dijalankan susulan penampalan dan penyerahan notis pada 9 dan 10 September lalu.

“Pentadbir Tanah Bentong telah mengeluarkan perintah lucuthak kepada semua 122 tanah hakmilik yang gagal dibayar cukai, dan pewartaan Notis 8a telah dilaksanakan pada Jun 2025,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Rabbit Park, Japanese Garden antara 122 tanah milik dilucut hak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved