Radzi Jidin gesa JAKIM siasat isu pemprosesan ayam, kebersihan premis di KL

LocalFood
20 Oct 2026 • 11:13 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Video tular pemprosesan ayam di sebuah premis Kuala Lumpur yang mendapat perhatian Datuk Dr Radzi Jidin.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan siasatan segera berhubung video tular yang memaparkan isu pemprosesan ayam dan tahap kebersihan di sebuah premis di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat susulan ramai pihak menghubunginya bagi menyuarakan kebimbangan terhadap kandungan video berkenaan, khususnya berkaitan kaedah penyembelihan dan status halal ayam yang diproses.

Menurutnya, siasatan JAKIM juga perlu mengenal pasti rangkaian pembekalan serta lokasi ayam berkenaan diedarkan dan dijual kepada pengguna.

“JAKIM perlu segera menyiasat kaedah penyembelihan, status halal serta ke mana ayam tersebut dibekalkan dan dijual,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Radzi turut menggesa siasatan bersepadu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Katanya, siasatan tersebut perlu merangkumi aspek kebersihan premis, pematuhan undang-undang, kemungkinan penyalahgunaan logo halal serta status permit pekerja asing yang terlibat.

Beliau menegaskan tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran peraturan atau undang-undang.

“Jika terbukti berlaku pelanggaran, tindakan tegas mesti diambil. Isu halal dan keselamatan makanan tidak boleh dipandang ringan!” tegasnya.

View on Threads

Sehubungan itu, Radzi memaklumkan bahawa beliau telah mengemukakan aduan rasmi kepada Pejabat Ketua Pengarah JAKIM bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Beliau turut memaklumkan perkara berkenaan kepada Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk perhatian dan tindakan lanjut.

The post Radzi Jidin gesa JAKIM siasat isu pemprosesan ayam, kebersihan premis di KL appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved