Radzi Persoal KPM Belum Keluarkan Kenyataan Kes Kematian Pelajar Di Yong Peng

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 12:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Radzi Persoal KPM Belum Keluarkan Kenyataan Kes Kematian Pelajar Di Yong Peng

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) yang didakwa masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, semalam.

Radzi berkata, kejadian berkenaan membimbangkan memandangkan ia berlaku hanya lapan hari selepas kes kematian seorang pelajar sekolah di Negeri Sembilan.

“Menurut laporan media, mangsa ditemui dalam keadaan lemah di sebuah sekolah di Yong Peng petang semalam sebelum meninggal dunia.

“Sehingga jam 10.40 pagi ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Kementerian Pendidikan yang dapat saya temui berhubung kejadian ini.

“Elok pihak Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan segera kepada masyarakat, apatah lagi kejadian ini berlaku hanya lapan hari selepas kes kematian seorang pelajar sekolah di Negeri Sembilan,” katanya menerusi media sosial hari ini.

Menurut Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, kejadian itu turut menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan pelajar ketika berada di kawasan sekolah.

Jelasnya, KPM perlu mengambil serius perkara berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan pelajar sentiasa diberikan perhatian.

Pelajar Ditemukan Tidak Bernyawa Di Kawasan Dewan

Dalam kejadian semalam, Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal ditemukan tidak bernyawa di kawasan dewan sebuah sekolah di Yong Peng kira-kira jam 5.30 petang.

Mangsa dilaporkan ditemukan selepas neneknya datang mencarinya susulan pelajar berkenaan tidak pulang selepas menghadiri kelas tambahan.

Polis kemudian menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun beberapa jam selepas penemuan mangsa bagi membantu siasatan.

Baca juga:

Ketiga-tiga mereka dipercayai merupakan pelajar sekolah yang sama dengan mangsa, manakala seorang daripada mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved