Kes bunuh di sekolah, jangan asyik salahkan menteri – Dr. Akmal

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 4:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes bunuh di sekolah, jangan asyik salahkan menteri – Dr. Akmal

PETALING JAYA: Semua pihak tidak wajar menuding jari terhadap Kementerian Pendidikan susulan kematian seorang pelajar perempuan di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, petang semalam.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, isu keselamatan kanak-kanak di sekolah perlu ditangani oleh semua pihak dan tidak wajar dijadikan sebagai bahan perdebatan antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan.

Beliau berkata, ibu bapa, guru, pihak sekolah, kerajaan dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dan mesti berani melaporkan tanda-tanda ancaman, buli, ugutan dan perubahan tingkah laku yang membimbangkan.

“Kita tidak boleh asyik menyalahkan kerajaan, menteri atau pihak sekolah. Sedangkan di pihak kita sendiri, apabila ada isu disiplin anak sendiri pun masih kita salahkan pihak sekolah.

“Isu keselamatan anak-anak bukan isu politik yang hanya perlu diperdebatkan antara pembangkang dan kerajaan. Sama ada kita pembangkang atau kerajaan, keselamatan anak-anak mesti ditangani bersama.

“Tiada seorang pun menteri yang mahukan kes bunuh atau keganasan berlaku di sekolah. Namun, kes seperti ini akan terus berleluasa jika semua pihak hanya menunggu orang lain bertindak. Jangan tunggu sehingga tragedi berlaku baru kita mahu bertanya siapa yang patut dipersalahkan,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook, hari ini.

Semalam, negara dikejutkan dengan insiden seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang ditemukan maut disyaki dibunuh di dalam sebuah sekolah, di Yong Peng, Batu Pahat, petang semalam.

Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, ditemukan neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira pukul 5.30 petang.

Mangsa merupakan anak tunggal dan kehilangan ibunya ketika berusia lapan tahun akibat kanser hati. Ibunya yang juga seorang doktor pernah bertugas di Hospital Serdang, manakala bapanya bekerja sebagai jurutera di Bangi. – UTUSAN

The post Kes bunuh di sekolah, jangan asyik salahkan menteri – Dr. Akmal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved