Rafizi hadir lagi ke SPRM serah dokumen, beri keterangan secara sukarela

LocalPolitics
14 May 2026 • 10:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rafizi hadir lagi ke SPRM serah dokumen, beri keterangan secara sukarela
Rafizi (tengah) hadir ke ibu pejabat SPRM pada hari ke lima bagi memberi keterangan tambahan secara sukarela berhubung siasatan yang dijalankan terhadapnya.

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ke lima bagi memberi keterangan tambahan secara sukarela berhubung siasatan yang dijalankan terhadapnya.

Bekas Menteri Ekonomi itu turut memberitahu, beliau akan menyerahkan satu dokumen tambahan setebal 28 muka surat antara lain mengandungi laporan media, kenyataan rasmi serta rekod berkaitan perbincangan dan pengumuman dasar kerjasama syarikat semikonduktor dari United Kingdom, Arm Holding Inc.

"Pihak peguam saya menghantar surat kepada SPRM hari Ahad lepas memaklumkan bahawa saya secara sukarela ingin membuat keterangan tambahan supaya boleh membantu siasatan supaya lebih menyeluruh dengan bukti-bukti lain yang tidak disoal siasat semasa tempoh mengambil keterangan minggu lepas,” katanya dalam sidang akhbar di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved