Ragbi 15s Wanita Antarabangsa kembali

24 Oct 2025 • 4:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kejohanan Ragbi 15s Wanita Antarabangsa Piala Persahabatan 2025 akan berlangsung di Kelab Ragbi Eagle, di sini, hari ini (Jumaat), dan Ahad bermula jam 3.45 petang.

Presiden Kesatuan Ragbi Sabah (SRU), KH Tan, berkata, kejohanan tahun ini menandakan edisi keempat piala persahabatan itu, satu acara penting yang telah berkembang semakin kuat sejak pertama kali diadakan.

Ia bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan SRU terhadap pembangunan ragbi wanita di Sabah tetapi juga dedikasi mereka untuk mempromosikan persahabatan dan perpaduan antarabangsa melalui sukan.

“Mempromosikan wanita dalam sukan ragbi dengan penyertaan pasukan dari Filipina, selain pasukan wanita Sabah sendiri, ia menadakan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap ragbi wanita di rantau ini,” katanya.

Katanya, ragbi bukan sekadar permainan yang memerlukan kekuatan dan kepantasan, ia turut menuntut kesungguhan, kerja berpasukan, dan rasa hormat.

“Melalui kejohanan ini, kami menyasarkan untuk memperkasakan wanita, memberi inspirasi kepada generasi muda, dan menggalakkan lebih ramai gadis di Sabah menceburi sukan ini.

“Pasukan wanita kita telah berlatih bersungguh-sungguh untuk acara ini, berazam untuk membanggakan negeri dan mempamerkan bakat serta kelasakan atlet Sabah.” Tan berkata demikian pada sidang media di Kelab Ragbi Eagle, di sini, Khamis.

Tan turut memberi penghargaan kepada rakan kongsi, penaja dan penyokong atas dorongan dan bantuan berterusan mereka.

“Semoga kejohanan ini menjadi satu lagi kejayaan dalam perjalanan kami ke arah kecemerlangan dan perpaduan ragbi melalui sukan,” katanya.

Tan mengalu-alukan semua orang untuk datang dan menikmati perlawanan secara percuma.

Sementara itu, jurulatih Sabah, Nathanael Tan, berharap lebih ramai golongan muda terutamanya wanita akan melihat ragbi bukan sahaja sebagai sukan, tetapi platform untuk pertumbuhan peribadi, kepimpinan dan kerja berpasukan.

Nathanael berkata, pasukannya juga bersedia untuk bersaing disebalik kesibukan dengan jadual sekolah dan kerja serta latihan.

Sementara salah seorang jurulatih pasukan wanita Filipina, Acee San Juan berkata, ia juga merupakan kali keempat pasukan mereka menyertai kejohanan ini dan amat teruja untuk kembali ke sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved