“Raikan Kemenangan Anak Muda Ini Yang Bangkit Semula..” – Hannah Yeoh Mohon Berhenti Ganggu Lee Zii Jia

6 Aug 2024 • 4:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan melalui akaun Instagram, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh memohon semua pihak untuk berhenti seketika membangkitkan isu pemain perseorangan badminton lelaki, Lee Zii Jia.

Berhenti ganggu Lee Zii Jia

Sebaliknya, dia meminta agar orang ramai meraikan kemenangannya yang berjaya membawa pulang pingat gangsa buat Malaysia.

Kata Hannah, pencapaian diraih oleh pemain yang berada di ranking ketujuh dunia itu cukup membanggakan terutamanya kerana berjaya bawa pulang pingat kedua untuk Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Yeoh (@hannahyeoh)

Ya, memang ada sejarah dengan Persatuan Badminton Malaysia, dia sekejap dalam Road To Gold dan kemudian memutuskan sebaliknya dan kini dia sepenuhnya bebas, tapi bolehkah kita sebagai sebuah negara berhenti sejenak dan meraikan hakikat bahawa anak muda ini menempuh perjalanan yang panjang, bangkit semula dan kini berjaya ke podium Olimpik?

Puji jurulatih Zii Jia

Dalam pada itu, Hannah turut sempat memuji jurulatih Zii Jia iaitu Wong Tat Meng atas peranan penting membimbing atlet ini hingga berjaya.

Sekadar info, kemenangan Lee Zii Jia meraih gangsa dengan mengalahkan pemain India, Lakshya Sen sememangnya menjadi satu kebanggaan buat rakyat.

image is not available 23 hours ago

"Tak Pernah Fikir Tukar Kerakyatan Atau Main Untuk Negara Lain, Saya Tetap Akan Wakili Malaysia " - Lee Zii Jia