Rais ingatkan PN, runding kerusi secara musyawarah

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 2:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rais ingatkan PN, runding kerusi secara musyawarah

MELAKA: Semua yang terlibat dalam rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diingatkan tentang pendekatan musyawarah, bukannya berbalas kenyataan di ruang awam.

Ini susulan kenyataan dibuat penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Dr Mohd. Aleef Yusof yang mahu BN menghormati hak Perikatan Nasional (PN) mempertahankan kerusi berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin berkata, perbincangan secara profesional perlu diutamakan bagi mengelak pertindihan tuntutan kerusi yang boleh menjejaskan usaha menjalin kerjasama politik.

Penyandang kerusi DUN Paya Rumput itu berkata, soal kerjasama politik dan pembahagian kerusi perlu diserahkan kepada kepemimpinan parti masing-masing untuk dimuktamadkan.

“Bagi saya, konsep penyatuan ummah ini adalah musyawarah. Kita berbincang dan melihat kedudukan masing-masing sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh selaku Pengerusi BN negeri juga sentiasa mengatakan kita tidak perlu berbincang menerusi media atau media sosial. Lebih baik kita duduk di meja rundingan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Kempen Harga Istimewa, Tentera Sejahtera (HITS) di Kem Terendak di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd. Aleef dilaporkan berkata, Rais tidak sepatutnya mencetuskan pertindihan tuntutan yang boleh menjejaskan usaha penyatuan politik antara PN dengan BN.

Mengulas perkara itu, Rais berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepemimpinan parti untuk menentukan calon dan kerusi yang bakal ditandingi pada PRN kali ini.

“Kalau parti mengesahkan dan menentukan saya bertanding di sini, apabila watikah keluar, saya akan bertanding di Sungai Udang. Inilah tempat yang saya akan rampas kembali untuk BN,” katanya.

Rais yang pernah menjadi Penyelaras DUN Sungai Udang selama lebih tiga tahun berkata, beliau memahami perkembangan dan keperluan penduduk di kawasan itu berdasarkan pengalaman berkhidmatnya. – UTUSAN

The post Rais ingatkan PN, runding kerusi secara musyawarah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved