Sekolah di Melaka beroperasi semula esok

LocalHealth & Fitness
14 Oct 2026 • 2:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah di Melaka beroperasi semula esok

PETALING JAYA – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Melaka akan beroperasi semula mulai esok, 15 Oktober, tertakluk kepada pengesahan rasmi pihak berkuasa berhubung perkembangan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN) Melaka dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu mengambil kira perkembangan kualiti udara semasa dengan mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga pendidikan.

Bagaimanapun, semua aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), perhimpunan serta kokurikulum perlu dihentikan serta-merta.

Murid juga digalakkan memakai pelitup muka dan minum air dengan kerap bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat pencemaran udara.

Pihak pentadbir institusi pendidikan diminta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kelancaran operasi serta mematuhi arahan dan garis panduan semasa yang ditetapkan KPM dan pihak berkuasa berkaitan.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya memantau tahap kesihatan anak masing-masing serta mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala berkaitan pencemaran udara.

Menurut JPN Melaka, sebarang perubahan arahan berhubung pengoperasian institusi pendidikan akan dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi jabatan itu. -KOSMO! ONLINE

The post Sekolah di Melaka beroperasi semula esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved