Raisa ‘Bantah’ Pendapat Juara Masterchef Indonesia Kata Nasi Kandar Malaysia Berpasir - “Jangan Makan Pakai Sudu & Garfu, Itu Tidak Afdal”

17 Oct 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Indonesia, Raisa, tidak bersetuju dengan pendapat juara Masterchef Indonesia musim kelima iaitu Stefani Harison yang pernah mengatakan nasi kandar Malaysia rasa berpasir.

Tempat yang betul

Mengakui nasi kandar merupakan makanan kegemaraannya setiap kali ke Malaysia, Raisa atau Raisa Andriana, menyarankan peminat mengunjungi tempat makan yang betul untuk menikmati rasa sebenar hidangan itu.

 

“Mungkin ketika ke sini, mereka makan di tempat yang salah.

 

“Saya kalau ke Malaysia tidak pernah terkecuali untuk makan nasi kandar. Makan pun mesti pakai tangan, jangan pakai sudu dan garfu, itu tidak afdal.

 

 

“Menurut saya ia makanan lokal yang wajib dicuba, sangat enak. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan makanan itu rasa berpasir,” katanya kepada Gempak.

 

Penyanyi berusia 32 tahun itu ditemui di majlis sidang media konsert Raisa Teristimewa di kafe Silverfox, Kuala Lumpur pada Rabu.

Hentikan perlingkahan

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kali Kedua ini turut  berharap agar pertelingkahan membabitkan dua negara di media sosial dapat dihentikan.

 

“Janganlah kita senang untuk melagakan antara satu satu sama lain. Ada banyak sangat hal positif yang boleh kita raikan bersama-sama.

 

“Ada banyak hal lain yang memerlukan perhatian, dan tenaga. Lebih baik kita salurkan semuanya ke sana,” jelasnya.

 

Terdahulu, Stefani Harison dikecam teruk kerana mengatakan rasa nasi kandar di restoran miliknya lebih asli dan sedap berbanding di Malaysia kerana menggunakan bahan masakan segar.

 

Susulan itu, potongan video tersebut telah tular sehingga mendapat perhatian rakyat Malaysia sehingga ramai yang mengecam juara program masakan Masterchef itu.

 

Untuk info, Raisa bakal mengadakan konsert buat kali ketiga di Malaysia yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 November depan.